
Kalau dulu naik pengangkutan awam sebab “terpaksa”, sekarang nampaknya makin ramai yang pilih rel dan bas sebagai rutin harian. Terbukti, Prasarana Malaysia Berhad berjaya mencatat 1.63 juta perjalanan penumpang dalam sehari pada 31 Disember 2025, angka tertinggi sepanjang penubuhannya.
Pencapaian ini bukan sekadar nombor cantik, tapi cerminan kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam yang makin stabil, konsisten dan mesra pengguna.


Sepanjang tahun 2025, purata perjalanan penumpang harian meningkat 11%, daripada 1.18 juta (2024) kepada 1.31 juta.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, peningkatan ini membuktikan operasi rel dan bas PRASARANA semakin boleh diharap dari segi ketepatan masa, kebolehpercayaan dan kelancaran perjalanan.
Satu lagi fakta yang buat pengguna tarik nafas lega adalah dimana gangguan perkhidmatan rel berjaya dikurangkan sebanyak 56%.
Daripada 71 gangguan (2024) kepada hanya 31 gangguan pada 2025. Ini hasil usaha berterusan sejak 2021,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: