Laluan di Himalaya merupakan antara laluan paling mencabar di dunia dan menjadi impian buat thrill seekers untuk mencuba dan menawan laluan penuh liku tersebut.
Justeru itu, 10 bikers dari Malaysia yang bakal diketuai oleh Mohamad Nizam Kastor menyahut cabaran untuk menjadi antara kumpulan motosikal pertama dari Malaysia membuat explorasi bermotosikal ke Lower Mustang, Banjaran Himalaya, Nepal.
Ekspedisi Royal Enfield Himalaya Moto-Adventure, Explore The Unexplored ini akan berlangsung selama 9 hari bermula dari 4 hingga 13 November 2023.
Mohamad Nizam Kastor, 53 merupakan individu yang sangat berpengalaman dalam bidang permotoran di Malaysia dan menurutnya, ekspedisi ini bakal memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada 9 ahli yang lain yang bakal ke sana buat pertama kali.
“Kami semua peminat motosikal daripada pelbagai jenama motosikal dan sudah ride ke banyak negara. biasa kami ride jalan biasa dan cantik. Kali ini kami mahu explore Nepal dan Himalaya sebab…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
