Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

10 Rakyat Malaysia Lumba Haram Di Hat Yai Didenda 5,000 Bhat Oleh Polis Thailand

today19 May 2025

Background


Menurut laporan Berita Harian, kumpulan terbabit yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita berusia 21 hingga 37 tahun didakwa terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalan berhampiran Bazaar Getaway.

Menurut Ketua Polis Kohong Hat Yai, Kol. Pol. Apichat Wannako, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi dan pihaknya telah menerima laporan daripada penduduk tempatan yang bimbang dengan keselamatan jalan raya di kawasan itu.

“Selepas menerima laporan, polis menjalankan siasatan dan mendapati enam kereta berdaftar di Malaysia yang telah diubah suai digunakan untuk memandu secara berbahaya.

“Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya mengesan dan menjejaki suspek,”
katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Ekonomi

Astaka, Kimlun mulakan kerja pembinaan projek kediaman Arden

Astaka Holdings Limited (Astaka) pemaju hartanah bersepadu terkemuka yang berpangkalan di Johor, bersama rakan usaha samanya,  Kimlun Corporation Berhad Kimlun, telah memulakan kerja pembinaan projek perkhidmatan kediaman Arden, yang merupakan sebahagian daripada fasa tiga pembangunan utama Kumpulan, One Bukit Senyum.

today19 May 2025