Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya menahan 10 ‘doktor palsu’ lelaki warga Bangladesh dalam satu operasi serbuan ke atas klinik warga asing di sembilan lokasi sekitar ibu negara, semalam.
Menurut laporan KOSMO!, Operasi yang dilancarkan pada pukul 11.45 pagi itu melibatkan kerjasama erat antara pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta pegawai dari Bahagian Penguatkuasa (Farmasi) KKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Doktor Palsu: Modus Operandi yang Mencurigakan
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, serbuan ini dijalankan berdasarkan aduan awam dan maklumat risikan yang dikumpulkan selama dua minggu.
“Pasukan operasi berjaya menahan 10 lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 50 tahun. Seorang daripada mereka memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Sektor Perkhidmatan, enam orang memiliki PLKS…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: