
Pengerusi Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara, Ahmad Ruslan Abdul Latiff menyatakan kira-kira 100 syarikat pengusaha bas persiaran di Zon Utara bakal tutup operasi ekoran kenaikan harga diesel dan kos operasi, serta tempahan semakin berkurangan.
Menurut beliau, sebahagian besar pengusaha tidak dapat menjalankan perniagaan akibat kenaikan harga diesel kerana tempahan daripada agensi pelancongan, sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) dan organisasi semakin berkurangan, petik Berita Harian.
“Sekarang harga diesel mencecah RM4.72 seliter dan tidak mustahil terus meningkat pada masa akan datang.
“Kos operasi juga meningkat dua kali ganda, malah pelanggan membatalkan tempahan perkhidmatan bas persiaran di bawah naungan kami walaupun kami sedia berbincang dengan mereka.
“Setakat ini, saya dimaklumkan kira-kira 50 peratus tempahan sudah dibatalkan,” katanya pada perhimpunan aman di sini semalam, yang disertai 31 pengusaha bas persiaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: