PETALING JAYA – Karnival Semarak Semenyih 2024 yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 1 Februari ini dijangka menarik kehadiran pengunjung lebih daripada 50,000 orang.
Pengerusi penganjur karnival tersebut, Nik Baizura Sabiamad berkata, program ini bakal mendapat sambutan menggalakkan ekoran kejayaan pihaknya menganjurkan Karnival Semarak Bangi sebelum ini.
Menurut beliau, sehingga kini lebih daripada 100 vendor makanan dan minuman terkenal dan tular di media sosial telah memberi pengesahan untuk menyertai karnival yang akan diadakan di Eco Hill Walk Semenyih.
“Karnival ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan etnik selain membantu usahawan sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Program yang mendapat sokongan daripada syarikat Ultimate Titan Sdn Bhd dengan kerjasama International Lighting Show dan Kelab Muay Thai Hallo Fight Club itu juga akan menampilkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: