Pemain sayap skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid kembali menjalani latihan bersama pasukannya, Terengganu FC (TFC) hari ini selepas disahkan sudah pulih daripada kecederaan kepala dan kaki.
2 Mei lalu, pemain yang lebih mesra dipanggil Mat Yat itu melalui detik ngeri selepas dipukul dan disamun sehingga menyebabkan dia menerima empat jahitan di kepala dan dua di kaki.
Baca Juga:
Beliau dilaporkan mengalami kerugian hampir RM5,000 selepas dipukul dan disamun individu yang tidak dikenalinya dalam kejadian di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, selepas 12 hari kejadian itu berlaku, peminat masih tertanya-tanya kenapa pihak polis masih belum membuat tangkapan terhadap mana-mana suspek yang terlibat dalam kes pukul dan samun tersebut.
12 hari selepas kes pukul pemain TFC (dipinjam dari JDT) – 0 tangkapan
9 hari selepas kes simbah asid pemain SFC – 2 tangkapan, 0 dakwaan
Kejadian Ahad, hari yang sama Polis Selangor tangkap suspek pertama,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: