PETALING JAYA – Hanya 12 peratus rakyat Malaysia memiliki tanggapan bahawa diri mereka adalah kaya, berdasarkan Tinjauan Persepsi Kekayaan yang dilaksanakan oleh Hong Leong Bank Berhad (HLB) baru-baru ini, melibatkan lebih 1,000 responden tempatan berumur antara 18-77 tahun.
Pada masa sama, 79 peratus responden mengaku bahawa mereka tidak mempunyai pelan kewangan berdokumen, sebahagian besarnya disebabkan andaian bahawa mereka tidak mempunyai dana mencukupi untuk memulakan satu pelan pengurusan kekayaan secara rasmi.
Daripada 327 responden yang menyatakan ada membuat pelaburan, 57 peratus berkata mereka melabur dalam saham, diikuti rapat oleh 56 peratus yang memperuntukkan dana untuk skim ASB/ASM dan 54 peratus yang terlibat dalam pelaburan emas.
Selain itu, 44 peratus responden memilih deposit tetap sebagai pendekatan pelaburan utama mereka.
Tinjauan berkenaan turut menggariskan trend ketara pelaburan kendiri dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan 83 peratus daripada mereka yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: