SHAH ALAM – Sebanyak 1,260 unit kediaman mampu milik Idaman Bukit Jelutong, yang dibangunkan Gagasan Nadi Cergas Berhad dengan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) sebagai rakan strategik diserahkan kepada pembeli di sini, hari ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek Idaman Bukit Jelutong adalah antara usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan kediaman berkualiti dan mampu milik kepada rakyat.
“Insha-Allah selepas ini pada September kita rasmikan pula di Sabak Bernam, iaitu di Taman Air Manis.
“Dengan siapnya 1,260 unit ini maknanya 6,079 unit sudah siap dan diserahkan kunci. Sebanyak 8,352 unit lagi dalam pembinaan yang mana proses pembinaan akan lengkap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Idaman Bukit Jelutong di sini.
Amirudin berkata, walaupun projek berkenaan siap lima bulan awal, proses untuk mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
