Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

13 ‘Mat Rempit’ Ditahan Polis, Dibawa Ke Surau & Dengar Tazkirah Subuh Untuk Pengajaran

today11 September 2024

Background


Menerusi sumber, kesemua remaja berkenaan bukan sahaja diambil tindakan dibawa balik untuk dokumentasi, malah dibawa ke surau untuk mendengar tazkirah selepas solat Subuh.

Pengajaran tersebut diberikan kepada mereka yang berusia 14 hingga 19 tahun yang ditahan polis untuk proses dokumentasi di sekitar ibu negara pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kesemua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee bagi proses dokumentasi.

“Selesai dokumentasi, mereka turut didedahkan dengan motivasi, solat subuh berjemaah dan dilanjutkan dengan tazkirah ringkas di Surau An Nazahah, JSPT KL,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan keagamaan tersebut adalah antara yang digunakan dalam menangani masalah sosial untuk penunggang motosikal remaja di ibu negara.

“Pendekatan keagamaan kepada remaja diharapkan dapat membantu jiwa dan minda mereka untuk membentuk akhlak yang lebih mulia.

“Ibu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post