
Muhammad Ramadhan Abdul Hamid, 30, tampil memperbetulkan salah faham berhubung dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau terpaksa menunggu selama 13 tahun untuk mendapatkan bekalan elektrik di kediamannya di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling.
Menurut beliau, kekeliruan tersebut timbul apabila sesetengah pihak salah mentafsir hantaran videonya ketika bertemu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 17 Mei yang lalu.
Tempoh Menetap, Bukan Tempoh Permohonan
Muhammad Ramadhan menjelaskan bahawa tempoh 13 tahun yang dinyatakan merujuk kepada jangka masa beliau menetap di kawasan tersebut tanpa kemudahan elektrik, bukannya tempoh permohonan yang telah dikemukakan kepada pihak berkuasa, petik Harian Metro.
“Saya hanya memohon sambungan bekalan elektrik secara rasmi pada Oktober tahun lalu. Video yang saya muat naik baru-baru ini adalah untuk menzahirkan rasa syukur kerana isu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
