
Apple mengumumkan bahawa Tim Cook bakal memegang jawatan Pengerusi Eksekutif lembaga pengarah Apple, selepas beliau akan melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Manakala John Ternus, Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perkakasan, akan menjadi CEO Apple yang seterusnya berkuat kuasa pada 1 September nanti.
Menerusi kenyataan rasmi Apple, Tim Cook akan meneruskan peranannya sebagai CEO sepanjang musim panas ini sambil bekerjasama rapat dengan Ternus bagi memastikan peralihan kuasa berjalan lancar.
Sebagai pengerusi eksekutif, Tim Cook akan membantu dalam aspek-aspek tertentu syarikat, termasuk berurusan dengan penggubal dasar di seluruh dunia.
“Merupakan satu penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat sebagai CEO Apple dan diberikan kepercayaan untuk menerajui syarikat yang luar biasa ini.
“Saya menyayangi Apple dengan sepenuh jiwa raga, dan saya sangat bersyukur kerana berpeluang bekerja dengan pasukan yang sangat bijak,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
