Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

15 Tentera Cedera, Trak Rempuh Plaza Tol SUKE

today1 May 2026

Background
15 Tentera Cedera, Trak Rempuh Plaza Tol SUKE


Satu insiden kemalangan yang melibatkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dilaporkan berlaku pada sekitar jam 4.40 petang semalam di Plaza Tol Bukit Teratai, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, menyatakan bahawa siasatan awal mendapati kenderaan tersebut sedang dalam perjalanan dari Kem Sungai Besi menghala ke Kuala Kubu Bharu sebelum ia hilang kawalan dan merempuh kawasan plaza tol berkenaan, petik Berita Harian.

Insiden kemalangan ini dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi brek kenderaan terbabit.

Susulan daripada rempuhan itu, seramai 15 orang anggota tentera yang berada di bahagian belakang trak berkenaan telah mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa telah segera dibawa ke Hospital Ampang menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak polis kini sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post