Site icon Kool FM

150 belia terpilih jalani program Superb 2021


PETALING JAYA – Seramai 150 usahawan belia bumiputera yang dipilih dari hampir 800 jumlah permohonan telah berjaya mara ke peringkat latihan intensif (accelerator) dalam program Superb 2021.

Pengarah Penyampaian Strategik (Ekuiti Korporat & Keusahawanan) Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Rafaiq Bakri Zakaria berkata, peserta yang melepasi peringkat saringan pertama itu dipilih berdasarkan kebo­lehlaksanaan dan inovasi idea perniagaan mereka yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan, berdaya tahan, berdaya saing serta mampu dibawa ke peringkat global.

Menurut beliau, program Superb dilihat sebagai satu titik permulaan penting untuk me­lahir dan menyalurkan lebih ramai usahawan belia bumiputera berkaliber dan berintegriti.

“Daripada 150 idea perniagaan yang dipilih tahun ini, kebanyakannya adalah daripada Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama bertemakan ekonomi digital, halal dan makanan, pelancongan, pembuatan, kewangan Islam, pertanian dan komoditi, pertahanan dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version