Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

15,000 Kanak-Kanak 6 Tahun Daftar Tahun Satu, Menteri Pendidikan Kongsi Sebab Ramai Ibu Bapa Pilih Sekolah Di Selangor

today7 March 2026

Background
15,000 Kanak-Kanak 6 Tahun Daftar Tahun 1, Menteri Pendidikan Kongsi Sebab Ramai Ibu Bapa Pilih Sekolah Di Selangor


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan seramai 52,000 kanak-kanak berusia enam tahun di seluruh negara telah mendaftar bagi kemasukan Tahun Satu setakat ini.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 15,000 kanak-kanak direkodkan mendaftar di Selangor dan menjadikan negeri itu paling tertinggi sekali, petik Buletin TV3.

Baca Juga:

“Faktornya adalah mutu pendidikan itu sendiri termasuk sekolah-sekolah yang berkualiti, tawaran-tawaran pendidikan yang berkualiti dan juga komitmen kerajaan sendiri serta semua pihak, khususnya kerajaan negeri yang melihat pendidikan ini sebagai teras utama di negeri Selangor,” katanya ketika ditemui media pada Program Jaulah Ramadan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak baru-baru ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pendaftaran Tahun Satu bagi sesi akademik 2027, termasuk untuk murid berusia enam tahun, akan dibuka mulai 15 Februari hingga 31 Mac.


Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

Olla Ramlan pilih kekasih sebaya anak lelaki

Kuala Lumpur: Pelakon Indonesia, Olla Ramlan, 46, mengakui dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dan model profesional, Tristan Molina, 25, yang sebaya dengan usia anak sulungnya, Sean Mikael Alexander. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today7 March 2026