Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kembali untuk edisi ke-37 dengan tema ‘Satu Keunggulan’, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai acara hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia sejak diperkenalkan pada 1987.
Tema satu keunggulan

Tema kali ini melambangkan kedudukan ABPBH sebagai acara nombor satu dalam meraikan populariti dan mutu bakat seni tanah air, di samping menghimpunkan pelbagai cabang seni dalam sebuah acara berprestij.
Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penaung ABPBH 37, Zulkifli Jalil, berkata acara ini terus relevan sebagai platform mengiktiraf anak seni tempatan.
ABPBH dilihat relevan dalam konteks mengangkat martabat anak seni yang sentiasa berevolusi dan meningkatkan kemahiran diri, baik secara intelektual atau kerja kreatif dalam landskap hiburan era digital.
Sebagai acara hiburan pilihan peminat No.1 di Malaysia, ABPBH menjadi penghubung antara penggiat seni dan peminat dalam memberi penilaian dan apresiasi terhadap produk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: