Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

16 Tahun Penantian, Pasangan Menangis Gembira Akhirnya Dapat ‘Hadiah Anniversary’ Terindah

today10 May 2024

Background


Menerusi video yang dikongsi oleh Haznie Rozleen, wanita itu menceritakan dari awal sejak dia mula merasakan tanda-tanda luar biasa pada badan sendiri. Dia nekad membeli beberapa jenis pregnancy test di farmasi walaupun sudah fobia dengan harapan palsu.

Apa yang membuatkannya menangis adalah apabila dia mendapati dua garis terlihat jelas sebaik saja dia membuat ujian kehamilan yang pertama. 

“Masa line pertama appear ok, saya sabar lagi. Bila tiba-tiba line kedua mula appear, saya dah tak keruan. Yang keluar dekat bibir masa tu hanya nama Mu Ya Allah Ya Tuhanku!

“Lepastu cakap kat adik saya tak yakin, risau kalau test kit tu rosak. Ok try lagi test yang lain. Walaupun adik time tu dah yakin 100% kakak dia pregnant, ok sabar. Dalam hati macam nak pecah dah degupannya.

“Test lagi sekali. Subhanallah, Allahuakbar! No words to say, hanya air mata saja yang gugur. Pertama kalinya dalam 16 tahun usia perkahwinanku test kit naik double line,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post