
KOTA BHARU – Nasken Coffee terus memperkukuhkan komitmennya terhadap pematuhan piawaian Halalan Toyyiban apabila 17 cawangannya kini memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Pegawai Eksekutif Nasken International Sdn. Bhd., Mohd. Nazif Ab. Aziz berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan kesungguhan syarikat untuk menawarkan bukan sahaja kopi dan hidangan berkualiti, malah memastikan setiap premis beroperasi mengikut keperluan pensijilan halal.
“Komitmen kami di Nasken Coffee sentiasa jelas, bukan sahaja memberikan pengalaman kopi dan hidangan yang premium, malah memastikan setiap cawangan kami mematuhi standard 100 peratus Halalan Toyyiban yang diiktiraf demi kesucian serta jaminan untuk para pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sijil halal kepada Nasken Coffee yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di cawangan Nasken Coffee Pasir Tumboh, di sini baru-baru…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
