Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

18 Tahun Hilang Di Kota Tinggi, Honda Wave Dijumpai Di Segamat

today16 October 2024

Background
18 Tahun Hilang Di Kota Tinggi, Honda Wave Baru Dijumpai Di Segamat


Sebuah motosikal Honda Wave 100 yang dilaporkan hilang  di Sidili, Kota Tinggi, 18 tahun lalu telah ditemui semula di Segamat baru-baru ini.

Motosikal itu ditemui dalam operasi rondaan oleh anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, lapor Berita Harian.

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata seorang lelaki warga India turut ditahan kelmarin, disyaki terbabit dalam kes kecurian motosikal berkenaan.

“Suspek yang berusia 38 tahun ditahan sekitar jam 2 petang kelmarin oleh pasukan rondaan polis sekitar Balai Badang. Kes ini dipercayai dilakukan penjenayah secara bersendirian, tidak membabitkan sindiket,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Ahmad Zamry berkata, pihaknya bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut bagaimana motosikal berkenaan boleh berada di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post