SHAH ALAM – Buat julung kali, Kerajaan Selangor akan menganjurkan festival raya 108 jam tanpa henti di Pusat Konvensyen Setia City bermula 21 hingga 25 Mac depan.
Penganjuran Festival Raya Selangor Havoc 2025 dengan kerjasama Havoc Event&Management Sdn. Bhd. menampilkan 180 vendor menjual pelbagai persiapan Aidilfitri.
Exco Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, penganjuran festival yang disertai jenama terkemuka itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat persiapan Aidilfitri.
“Selangor turut membawa usahawan-usahawan Selangor yang sedang meningkat naik supaya mereka memanfaatkan festival ini sebagai platform memperkenal produk masing-masing.
“Kita berharap penganjuran program ini memberi sokongan kepada ekosistem keusahawanan Selangor sekali gus menyumbang kepada sektor pelancongan negeri,” katanya pada majlis pelancaran semalam.
Sepanjang lima hari penganjuran, festival ini akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, sesi selawat dan qasidah, serta buat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
