

BALIK PULAU: Polis menahan dua “keldai akaun” kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan dua mangsa mengalami kerugian RM24,480 dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang semalam.
Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki pertama berusia 21 tahun ditahan selepas menjadi “keldai akaun” sindiket memperdaya mangsa berhubung penipuan urusan pelaburan tidak wujud dalam talian.
Menurutnya, mangsa membuat enam transaksi dalam talian ke akaun bank lelaki berkenaan yang membabitkan jumlah keseluruhan RM20,503.
“Tangkapan kedua melibatkan lelaki 55 tahun yang menjadi “keldai akaun” sindiket memperdaya mangsa dengan menawarkan cabutan bertuah dalam talian tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa membuat transaksi RM3,977,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, kedua-dua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: