Kepala Batas: Dua remaja ditahan polis selepas mereka memiliki sejumlah mercun ketika pemeriksaan di Permatang Sintok, malam tadi.
Remaja berusia 15 dan 16 tahun itu menunggang sebuah motosikal sebelum mereka dihampiri sepasukan polis yang mengadakan Op Cahaya pada 10.30 malam di sekitar kawasan terbabit.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan ke atas motosikal yang dinaiki dua remaja itu menemui satu bungkusan yang didalamnya…