Johor Bahru: Keadaan banjir di Johor bertambah baik apabila tinggal 20 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka pada pagi ini berbanding 26 PPS di enam daerah, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah mangsa banjir di negeri itu turut menunjukkan penurunan kepada 2,313 orang daripada 575 keluarga berbanding 3,182 orang daripada 807 keluarga.
Menurutnya, Kota Tinggi masih mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu seramai 1,110 orang…