Sumber Berita Harian melaporkan bahawa kira-kira 200 etnik Rohingya telah mendarat di Langkawi pada awal pagi tadi.
Mereka menaiki tongkang telah mendarat di Pantai Teluk Yu, berhampiran Ayer Hangat kira kira pada pukul 3 pagi.
Sumber yang sama turut melaporkan bahawa kehadiran pendatang asing tanpa izin itu telah dikongsikan oleh penduduk tempatan di media sosial.
Ada yang turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan sebuah bot kayu yang besar yang digunakan oleh mereka untuk berlayar, sedang diperiksa oleh pihak berkuasa
Kemudian ada juga gambar yang memaparkan bahawa pelarian etnik Rohingya itu berkumpul di tepi pantai sambil dikawal oleh pihak berkuasa.

Daripada gambar tersebut, pelarian terdiri daripada lelaki, wanita, kanak kanak dan bayi kecil.

Seterusnya, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Langkawi, Datuk Chen Liau Weng, dilapor mengesahkan bahawa pihaknya telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh seorang penduduk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: