
Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, satu inisiatif bermakna telah berlangsung di sekitar ibu kota apabila FGV Holdings Berhad (FGV) bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Selamat 26 bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Majlis yang berlangsung di perkarangan SOGO Kuala Lumpur ini bukan sahaja tertumpu kepada keselamatan jalan raya, tetapi turut menyemarakkan semangat kebersamaan melalui pelbagai aktiviti menarik.


Antara momen paling mencuri perhatian sudah tentu aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan kepada anggota polis trafik serta orang ramai yang berada di sekitar lokasi.
Lebih menarik, semua juadah ini dimasak menggunakan produk keluaran FGV seperti beras, minyak masak, santan dan bahan keperluan lain, memang ‘air tangan’ penuh kasih sayang!


Pelancaran Op Selamat 26 ini diketuai oleh CP Dato’…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: