Skuad Harimau Malaya dijangka akan menerima sokongan padu daripada 20,000 penyokong setia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman malam esok.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan sebanyak 15,008 tiket perlawanan telah terjual setakat ini.
Baca Juga:
Jumlah itu dijangka akan meningkat sehingga mencapai angka 20,000 tiket dan mungkin lebih sebelum sepak mula perlawanan pada pukul 10.00 malam.
Tiket bagi tempat duduk terbuka berharga RM40 manakala penyokong boleh menikmati pengalaman lebih selesa dengan tambahan RM20 bagi tiket grandstand.
Tiket premium pula boleh anda dapatkan pada harga RM80 sambil kanak-kanak pula hanya dikenakan tiket berharga RM5.
Meskipun permukaan padang SNBJ mungkin kelihatan tidak begitu cantik, para penyokong setia tetap turun memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya dalam misi untuk mencapai kemenangan.
Skuad kendalian Kim Pan Gon itu tekad bangkit membalas dendam terhadap…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
