PETALING JAYA – Tahun 2023 menjanjikan tempoh mencabar buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan kerana mereka bakal berdepan dengan isu berkaitan rantaian bekalan yang berlarutan, kekurangan tenaga mahir dan gangguan digital kepada operasi yang akan memberi impak kepada perniagaan.
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berkata, bagaimanapun, pihaknya melihat terdapat sedikit kelegaan dari segi rantaian bekalan, terutamanya dengan pembukaan semula sempadan China yang dijadualkan pada 8 Januari ini serta penyederhanaan bekalan terpendam akibat penutupan sempadan dan sektor ekonomi.
“Pun begitu, kami menjangkakan gangguan kepada rantai bekalan akan berterusan hingga penghujung 2023.
“Ini bermakna kos bahan mentah akan terus berada pada tahap agak tinggi berbanding sebelum ini.

“Selain itu, PKS juga akan menghadapi kekurangan tenaga kerja mahir bukan sahaja melibatkan buruh asing tetapi juga dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: