Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

2024 tahun luar biasa bagi PTP

today3 January 2025

Background


PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah mencatat satu lagi pencapaian cemerlang apabila menjadi terminal kontena pertama di Malaysia yang berjaya melangkaui kendalian 12,253,309 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun bagi tahun 2024.

Pencapaian luar biasa ini mengatasi rekod terdahulu PTP yang mencatatkan kendalian 11.2 juta TEU pada 2021, sekali gus me­ngukuhkan lagi kedudukan PTP sebagai hab pemindahan kontena yang terkemuka dan terbesar di Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, 2024 merupakan tahun yang luar biasa bagi PTP terutamanya dalam menyaksikan bagaimana PTP terus bangkit dalam mendepani pelbagai cabaran dan menjadikannya sebagai peluang dalam mengorak pertumbuhan dan memacu inovasi.

“Prestasi yang membawa kepada kejayaan kami dalam mencatatkan rekod terbaharu ini merupakan refleksi terhadap peranan penting PTP dalam rantaian bekalan global.

Pencapaian ini turut menjadi bukti dedikasi, komitmen dan kerja…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Sainz tetap dalam radar Red Bull

London: Walaupun mengetepikan Carlos Sainz dan memilih Liam Lawson bagi musim 2025, bos pasukan Red Bull, Christian Horner tidak menolak kemungkinan untuk menandatangani bekas pemandu Ferrari itu pada masa hadapan.

today3 January 2025