Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

2025 tahun pemulihan Nestle Malaysia, rekod hasil RM1.77 bilion

today28 April 2025

Background


PETALING JAYA – Nestle Malaysia memulakan 2025 dengan prestasi memberangsangkan setelah mencatatkan perolehan berjumlah RM1.77 bilion dalam suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025), iaitu 20.1 peratus lebih tinggi berbanding S4 2024.

Momentum jualan kukuh itu merangkumi semua jenama, menunjukkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti Tahun Baru Cina dan Ramadan/Hari Raya yang berjaya.

Keuntungan sebelum cukai berjumlah RM213 juta, manakala keuntungan selepas cukai sebanyak RM161.3 juta, lebih tiga kali ganda berbanding keuntungan pada S4 2024, mengukuhkan hala tuju syarikat ke arah normalisasi keuntungan selepas tahun 2024 yang mencabar.

Walaupun keuntungan S1 2025 adalah kukuh, ia sedikit lebih rendah berbanding pencapaian S1 2024, disebabkan fasa awal pelaburan pemasaran serta pendekatan berhati-hati terhadap penetapan harga berikutan kenaikan harga komoditi utama, dalam usaha melindungi kuasa beli rakyat.

​​Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Bukan alkohol dituang atas kepala Salah

London: Ketika kebanyakan pemain Liverpool sibuk meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), penyerang Darwin Nunez menyedari dia menjadi sasaran kritikan penyokong susulan tindakannya ke atas Mohamed Salah selepas Reds menewaskan Tottenham 5-1 yang mengesahkan gelaran liga ke-20, semalam.

today28 April 2025