Suasana di Laut China Selatan kini makin panas apabila Filipina melaporkan kehadiran jumlah tertinggi kapal China di kawasan tersebut pada tahun ini.
Menurut Bloomberg, dalam tempoh tujuh hari yang lalu, sebanyak 203 kapal China telah dikesan berhampiran sembilan pos kawalan Filipina serta kawasan-kawasan penting lain yang sering dipertikaikan, menurut Tentera Laut Filipina.
Angka ini lebih tinggi berbanding 163 kapal yang dikesan pada minggu sebelumnya.
Jurucakap Tentera Laut Filipina, Laksamana Muda Roy Vincent Trinidad, menyatakan bahawa lonjakan kehadiran kapal-kapal China ini mungkin disebabkan oleh tumpuan baru-baru ini terhadap kawasan Sabina Shoal.
Selain itu, peningkatan kapal China juga dilihat di Pulau Pag-asa dan Terumbu Iroquois, kawasan strategik yang sering menjadi rebutan antara kedua-dua negara.
Menurut Laksamana Trinidad, walaupun terdapat peningkatan jumlah kapal China, ia sama sekali tidak menghalalkan kehadiran mereka di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
