Kool FM

21,005 Tiket Sudah Terjual, Penyokong Diseru ‘Gempur’ Bukit Jalil!


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengesahkan sebanyak 21,005 keping tiket telah pun terjual setakat ini (5 Jun) bagi perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam yang bakal berlangsung pada 10 Jun nanti.

Dengan sepak mula yang berbaki lima hari lagi, ia dilihat sebagai satu perkembangan positif untuk melihat Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri dengan lautan penyokong.

Baca Juga:

Sokongan padu penyokong amat penting dalam menyemarakkan lagi api perjuangan barisan pemain negara sekali gus menggentarkan skuad Vietnam.

Tiket
Kemaskini daripada FAM berkenaan penjualan tiket. Kredit Foto: FAM

Kehadiran tujuh pemain warisan ke dalam pasukan juga mampu menjadi nilai tambah dalam keterujaan penyokong untuk turun ke stadium bagi menyaksikan di depan mata aksi pemain-pemain baharu itu.

Malaysia wajib mencatatkan kemenangan ke atas Vietnam kerana sedar tugas berat hanya juara kumpulan akan layak untuk beraksi di pusingan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version