Site icon Kool FM

22 Tahun ‘Overstay’ Di Singapura, Wanita China Ini Akhirnya Pasrah Serah Diri

22 Tahun 'Overstay' Di Singapura, Wanita China Ini Akhirnya Pasrah Serah Diri


Bayangkan hidup dalam bayang-bayang selama lebih dua dekad, sentiasa berwaspada agar tidak dikesan oleh pihak berkuasa di negara asing.

Bagi seorang wanita warga China berusia 57 tahun, perjalanan panjangnya menetap secara haram di Singapura akhirnya sampai ke penghujung selepas dia sendiri mengambil keputusan untuk menyerahkan diri.

Langkah Ke Balai Polis Selepas 8,081 Hari

Pada 4 Ogos lalu, Wang Youying melangkah masuk ke Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah East. Tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau pas lawatan yang sah, dia menyerahkan diri kepada pihak polis tempatan.

Kes itu kemudiannya diserahkan kepada Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati Wang telah berada di Singapura secara haram selama 8,081 hari. Tempoh tersebut menyamai lebih 22 tahun, satu bulan dan 16 hari.

Bagaimana dia mampu menyara hidup dan di mana dia berteduh sepanjang tempoh yang cukup lama itu kekal menjadi tanda…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version