Seramai 23 pengadil Malaysia telah terpilih untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA untuk tahun ini selepas menampilkan prestasi yang baik.
Menurut perkongsian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), 23 pengadil Malaysia telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Baca Juga:
Senarai yang dikeluarkan oleh FIFA itu terdiri daripada 6 pengadil; 8 penolong pengadil; tiga pengadil futsal dan dua pengadil bola sepak pantai.
Turut tersenarai empat pengadil wanita yang terdiri daripada seorang pengadil, dua penolong pengadil dan seorang pengadil futsal.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa seramai 23 pengadil tempatan telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) didaftarkan sebagai Pengadil FIFA tahun ini. pic.twitter.com/T18E4i8b60
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 15, 2025
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
