
KUALA LUMPUR – Yayasan Global Mesra (YGM) bekerjasama dengan Yayasan Muhibah Malaysia (YMM) dan Koperasi Khazanah Usahawan Berhad (KO-KHAWAN) menganjurkanMajlis Iftar bersama 240 pelajar Program Asrama Malaysia (AMal) di sini kelmarin.
Acara tersebut bertujuan untuk menyantuni pelajar berasrama daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, selaras dengan aspirasi Program Asrama Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional di peringkat sekolah.
Ia turut memberi ruang kepada pelajar untuk menghayati nilai kebersamaan, semangat berkongsi rezeki dan membina hubungan yang lebih erat dalam suasana harmoni sepanjang bulan Ramadan.
Pengasas YGM, Datuk Mohd. Nasir Mohd. Rashid berkata, melalui majlis ini, pelajar yang berjauhan daripada keluarga dapat merasai berbuka puasa bersama rakan pelajar lain termasuk pelajar bukan beragama Islam.
“Pelajar ini berumur antara 13 hingga 18 tahun daripada keluarga berpendapatan rendah turut memberi duit raya kepada mereka,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
