Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Tentera Thai berkata mereka akan melarang 245,000 anggotanya daripada menggunakan salah satu laman web e-dagang terbesar di Asia Tenggara selepas kumpulan diraja mengadu video promosi yang dikeluarkan oleh laman tersebut kelihatan seolah mengejek keluarga diraja.
Thailand mempunyai undang-undang yang ketat dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahan memfitnah, menghina atau mengugut Raja Maha Vajiralongkorn, permaisuri, waris atau pemangku raja.
Netizen di Thailand sebelum ini mengkritik video di laman Facebook Lazada yang memaparkan seorang wanita berpakaian tradisional Thai duduk di atas kerusi roda, di mana ia seolah-olah merujuk kepada salah seorang ahli keluarga diraja Thailand.
Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Chaiwut Thanakamanusorn memberitahu pemberita bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap lazada,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
