Site icon Kool FM

26 Pemain Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat Skuad Piala Asia 2023

Harimau Malaya


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Selasa, 26 Disember 2023.

Kem latihan tersebut adalah sebagai persiapan bagi menghadapi Piala Asia 2023 di Qatar, bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan senarai itu, Pan Gon telah mengekalkan seramai 22 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei, November lalu.

Empat pemain baharu yang tersenarai kali ini ialah dua pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Syamer Kutty Abba dan Natxo Insa; pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee serta penyerang Kuala Lumpur City FC, Romel Morales.

Morales adalah pemain naturalisasi baharu yang akan memperkuatkan jentera serangan skuad Harimau Malaya. Pemain…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version