
Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini bertukar menjadi pusat tumpuan utama negara apabila tiga bekas Perdana Menteri Malaysia dijadualkan hadir pada hari yang sama.
Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masing-masing melangkah masuk ke bangunan yang sama untuk berdepan pertempuran undang-undang tersendiri.
Bagi orang awam dan petugas media yang berkumpul seawal pagi, suasana hari ini jelas berbeza daripada biasa.
“Hari ini memang lain macam, tiga bekas pemimpin utama negara ada dalam satu bangunan untuk perbicaraan masing-masing,” seloroh seorang jurufoto media yang bersiap sedia dengan kameranya di perkarangan mahkamah.
Perbicaraan Sivil 1MDB Najib Razak
Memetik laporan NSTP, di satu sudut mahkamah, Datuk Seri Najib Razak kembali ke Mahkamah Tinggi bagi meneruskan perbicaraan kes saman sivil bernilai bilion ringgit yang difailkan oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama beberapa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
