SUNWAY – Usahawan orang kurang upaya (OKU), Ahmad Anda Ismail yang terbabit dalam perniagaan jamu kunyit telah dipilih sebagai pemenang pertama dalam pertandingan akhir Liga Usahawan OKU Selangor edisi kelima (Say Lead).
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Mahmud Rasul yang merupakan usahawan kuih raya dan tradisional serta Sazman Nazlee Adha Ali pula terbabit dalam bidang perkhidmatan jurugambar.
Ketiga-tiga mereka telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan OKU negeri Selangor dan menerima geran perniagaan RM4,000 untuk Ahmad Anda (OKU fizikal), RM3,000 buat Mahmud (OKU fizikal) dan juga RM2,000 buat Sazman (OKU pendengaran).

Selain menerima sijil pengiktirafan daripada Selangor Youth Community (Say), mereka juga akan menjalani latihan bimbingan selama tiga bulan untuk membantu mengembangkan perniagaan sedia ada melalui akses pasaran baharu, digitalisasi perniagaan serta pasaran eksport selain reruai secara percuma.
Menurut Ahmad, kejayaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: