Kool FM

3 Jaringan Malaysia Di Piala Asia 2023, DASHING Gandakan 30 Biasiswa Bola Sepak Buat Kanak-Kanak Berbakat


Pada bulan Disember lalu, jenama produk penjagaan diri lelaki, DASHING telah berjanji untuk setiap gol dijaringkan oleh pasukan negara di Piala Asia 2023, DASHING akan menaja 5 biasiswa bola sepak kepada kanak-kanak yang berbakat namun kurang berkemampuan.

Seperti diketahui, selepas berakhirnya tiga perlawanan peringkat kumpulan, skuad negara berjaya menjaringkan tiga gol pada perlawanan terakhir yang menyaksikan Malaysia berjaya mengikat gergasi dunia, Korea Selatan 3-3.

Artikel Berkaitan:

Gol penting buat skuad negara itu telah dihasilkan oleh Muhammad Faisal Abdul Halim pada minit ke-51, Arif Aiman Hanapi (minit ke-61) dan Romel Morales (minit ke-90+15).

Kredit Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Dengan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh Harimau Malaya, DASHING memutuskan untuk menggandakan jumlah tajaan bagi meluaskan peluang kepada pemain-pemain muda di Malaysia.

Kini, DASHING akan menyumbang RM60,000 untuk menaja 30 biasiswa bola sepak! Sebanyak 30…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version