Kool FM

3 Model Baharu Suzuki Mendarat Di Malaysia, Harga Varian Standard Kini Lebih Murah


Pada 5 Jun 2026 di Kuala Lumpur, Naza Eastern Motors telah melancarkan tiga model terbaharu bagi memperkukuh barisan kenderaan Suzuki dalam segmen gaya hidup dan SUV kompak di Malaysia, iaitu; Suzuki Jimny AllGrip Plus, Suzuki Jimny Rhino Plus dan Suzuki Fronx Sport.

Pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan Suzuki dalam menggabungkan reka bentuk ikonik dengan praktikaliti serta teknologi moden.

Suzuki Jimny AllGrip Plus
Kejutan Daripada Naza: 3 Model Baharu Suzuki Mendarat Di Malaysia, Harga Varian Standard Kini Lebih Murah
Sumber Gambar: Suzuki Malaysia

Peningkatan Keselamatan dan Kemudahan Harian Model Suzuki Jimny AllGrip Plus tampil dengan penambahbaikan ketara dari segi keselamatan aktif dan bantuan pemandu, sambil mengekalkan watak lasak dan kemampuan off-road yang sinonim dengan warisan Jimny.

Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter empat silinder yang menjana 100hp dan tork 130Nm, berserta transmisi automatik empat kelajuan dan pacuan empat roda AllGrip Pro.

Antara ciri baharu yang disertakan adalah Kawalan Pelayaran Adaptif (Adaptive…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version