
Sebanyak 30 perahu berhias berkonsepkan patriotik menyusuri Sungai Linggi di Alor Gajah sempena Festival Sungai Melaka 2026, sekali gus mencuri perhatian pengunjung yang hadir ke acara berkenaan.
Pertunjukan perahu berhias yang memasuki edisi kedua itu berlangsung dari Jeti Telok Berembang dan melibatkan komuniti nelayan dari Telok Berembang, Ramuan China Kechil, Paya Lebar, Sungai Timun serta Sungai Mati.
Jumlah penyertaan tahun ini juga meningkat berbanding hampir 20 buah perahu pada penganjuran sebelumnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Tuan Shaharul Azuar Idris, acara berkenaan bukan sekadar mengetengahkan kreativiti komuniti nelayan, malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara PPSPM dengan masyarakat setempat.
“Penganjuran ini bukan sekadar memberi ruang kepada nelayan darat menampilkan kreativiti, malah menjadi platform PPSPM untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: