PETALING JAYA – Rangkaian Global Eksekutif (EGN), sebuah rangkaian ahli eksekutif berasaskan rakan sebaya, melaporkan bahawa seramai 30 peratus daripada eksekutif kanan mengalami kesunyian dan peratusan tersebut meningkat hampir dua kali ganda sehingga 59 peratus pada bulan Disember tahun 2020.
Statistik itu diperoleh melalui tinjauan EGN di pejabatnya di Singapura.
Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan EGN Malaysia, Nick Jonsson berkata, tidak mudah bagi eksekutif kanan mencari pasangan untuk berkongsi masalah dan pemahaman.
Sehubungan itu, pihaknya telah menyediakan satu keperluan platform rangkaian rakan sebaya yang dapat memudahkan mereka bertukar pengetahuan dan idea bersesuaian bagi kumpulan pengurusan tertinggi.
Menurut beliau, EGN yang mewakili lebih daripada 8,000 syarikat dan 70 kerjaya dari 14 buah negara itu menawarkan peluang kepada eksekutif kanan untuk berhubung dengan pemimpin industri dari pasaran lain.

Mereka juga belajar di luar persekitaran biasa dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
