Baru-baru ini, pengelola Liga Malaysia iaitu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengeluarkan jadual perlawanan bagi aksi peringkat 16 pasukan terakhir saingan Piala FA musim ini.
Dalam jadual yang dikeluarkan, terdapat waktu sepak mula yang berbeza bermula pukul 5:30 petang, 6:30 petang, 8:15 malam dan pukul 9 malam.
Jadual ini langsung mendapat kritikan dari peminat bola sepak tanah air yang mana ramai mempersoalkan mengapa MFL memilih jam 6:30 petang sebagai sepak mula perlawanan antara Kuala Lumpur City menentang Kuching City dan Kedah Darul Aman menentang Bukit Tambun FC.
Menurut mereka, MFL seolah-olah tidak sensitif dan peka kerana sepak mula pukul 6:30 petang itu akan memberi kesukaran kepada pemain dan peminat yang beragama Islam yang bakal menunaikan solat fardhu Maghrib sekitar pukul 7:20 malam.
Sebelum ini, apabila MFL mengumumkan waktu sepak mula yang berbeza, perkara ini mendapat sambutan baik dari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: