PUTRAJAYA – Seramai 32 finalis bakal berentap merebut gelaran pemenang bagi 17 kategori Anugerah Francais Malaysia 2021 yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Disember ini.
Antara syarikat atau jenama tersenarai sebagai finalis Anugerah Francais Malaysia 2021 adalah Cambrige English for Life, Seng Heng, Global Art, The Manhattan Fish Market, Liviva, Ar-Rahn, 7-Eleven, Tealive, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Utara Malaysia, Marrybrown, Myeodong Toppoki dan Penyet Penyet.com.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, penganjuran anugerah kali ke-23 itu bertujuan untuk memberikan pengiktirafan tertinggi kepada penggiat francais di Malaysia yang telah menunjukkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kualiti dan prestasi cemerlang.
Menurutnya, anugerah tersebut juga mampu menjadi batu loncatan kepada syarikat francais untuk mengukuhkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: