
Bagi anda yang merancang untuk keluar ke pusat bandar Kuala Lumpur pada Ahad ini, pastikan anda menyemak laluan perjalanan terlebih dahulu berikutan penutupan dan lencongan trafik secara berperingkat di 34 jalan utama sempena penganjuran Coway Run 2026.
Penutupan Bermula Seawal 3.30 Pagi
Acara larian yang berpusat di Stadium Merdeka ini dijangka menghimpunkan sekitar 10,000 peserta.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah, kawalan trafik akan bermula seawal jam 3.30 pagi dan jalan raya akan dibuka semula secara berperingkat sebaik sahaja acara selesai.
Pihak polis menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal, mengelakkan laluan yang terjejas, serta memanfaatkan pengangkutan awam atau laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.
Pemandu juga diingatkan agar sentiasa bersabar, mengamalkan sikap pemanduan berhemah, dan mematuhi arahan anggota polis serta petugas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: