PETALING JAYA – Lebih daripada 37,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah mendapat pembiayaan melebihi RM15 bilion daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Dana BNM untuk PKS sepanjang tempoh pandemik.
Penolong Gabenor BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, ia merupakan kemudahan pembiayaan tambahan yang disediakan untuk membantu dan menyokong pemulihan PKS.
“Baru-baru ini, BNM telah menambah lagi peruntukan di bawah dana ini sebanyak RM2 bilion.
“Ia meningkatkan jumlah dana yang tersedia pada akhir bulan Jun kepada RM8.6 bilion,” katanya.
Beliau berkata dalam ucapan sempena Kempen Kesedaran Kewangan Sarawak yang berlangsung secara maya kelmarin.
Kempen tersebut, yang berlangsung selama tiga bulan bermula 3 Ogos hingga hujung Oktober itu bertujuan meningkatkan kesedaran kewangan secara menyeluruh, khususnya buat rakyat Sarawak dengan memfokuskan kepada agenda perlindungan, pendidikan pengguna dan rangkuman kewangan.

Setiap bulan memiliki tema yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
