Sibu: Empat anggota pasukan keselamatan yang dalam perjalanan dari arah Sungai Asan di sini, berdepan detik cemas selepas kenderaan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jambatan Lanang di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada 8.50 malam.
“Kereta terbabit dipandu anggota polis bersama seorang anggota tentera, anggota Angkatan Pertahanan Awam…