Site icon Kool FM

4 Kereta Mewah Datuk Seri Vida Disita Kerana Hutang Lebih RM1 Juta


Datuk Vida kini berdepan dengan bebanan hutang RM1 juta yang membuatkan beberapa asetnya dilelong untuk menyelesaikan hutangnya.

Ini termasuk 4 buah kereta mewah yang telah pun disita. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah tersebut selepas  permohonan Ah Design Communications selaku plaintif.

Laman mStar Online melaporkan bahawa writ penyitaan dan penjualan aset milik Vida dibuat sekitar 9 pagi tadi di kediamannya di Meru, Ipoh, Perak.

Vida dilaporkan gagal menyelesaikan tunggakan sebanyak RM1.06 juta kepada kontraktor Ah Design pada 2018. Di mana syarikat tersebut dipertanggungjawabkan untuk mengubah  suai bangunan pejabat DSV – Vida All Sar Studio di Shah Alam.

Vida dikatakan gagal memberikan sebarang respon dan kerjasama sejak 2018 sehingga 2023.

4 buah kereta Vida antara yang disita iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7. Ianya untuk menebus pampasan kepada Ah Design.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version