Site icon Kool FM

4 Warga Asing Ditahan Kes Curi Telefon Bimbit


4 warga asing telah ditahan dalam kes kecurian telefon bimbit di sekitar Lembah Klang.

Suspek terdiri daripada 4 warga asing yang bergerak dengan nama Geng Nguyen itu disyaki terlibat dalam 8 kes di enam daerah di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek berusia 31 tahun sehingga 61 tahun. Terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki.

4 warga asing aktif mencuri

Dipetik dari sumber Buletin TV3, Datuk Hussein Omar Khan berkata : “Kita berjaya merampas sebanyak 13 telefon bimbit melibatkan lapan kes kecurian telefon bimbit yang berlaku di enam daerah sekitar Lembah Klang iaitu Serdang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Dang Wangi, Cheras dan Sentul.”

Polis menambah, kesemua suspek tiada rekod jenayah lampau. Dan mereka juga didapati negatif pada ujian air kencing.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua individu tiada rekod jenayah dan keputusan saringan ujian air kencing adalah negatif,” tambah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version