Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

40 Pemandu Grab Bersatu, Cari Pak Cik Singapura Seminggu Hilang Di Malaysia

today16 February 2026

Background
40 Pemandu Grab Bersatu, Cari Pak Cik Singapura Seminggu Hilang Di Malaysia


Seorang warga emas Singapura yang menghidap demensia ringan dan dilaporkan hilang sejak 7 Februari di Kuala Lumpur, akhirnya telah ditemui.

Perkembangan terbaharu mengenai pencarian Halim bin Yunos ini dikongsi melalui Instagram pada 15 Februari oleh menantunya yang dikenali sebagai Wan, petik portal Mothership.

Menurut perkongsian Instagram rakan Wan, Imran M Sinwan, Halim ditemui di Cheras ketika dia sedang menjengah ke dalam rumah sebuah keluarga yang sedang menikmati makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Selepas memeriksa dompetnya dan mendapati dia adalah warga Singapura, keluarga berkenaan terus membawanya ke balai polis.

Bercakap kepada Mothership, Imran berkongsi bahawa dia dimaklumkan oleh Wan pada 9 Februari mengenai kehilangan bapa mentuanya itu.

Hal ini berlaku selepas Wan menghabiskan masa sepanjang 8 Februari mencari warga emas tersebut sendirian.

Difahamkan, bapa mentuanya itu hilang dalam tempoh antara malam 7 Februari…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post